am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Selepas hampir empat dekad berdepan penjenayah bersenjata, melindungi pemimpin dunia, melatih komando polis elit, dan menguruskan krisis negara, Timbalan Pengarah (Krisis dan Bencana) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk M V Sri Kumar kini bersedia untuk bersara secara rasmi pada 11 Oktober ini selepas mencurahkan bakti selama lebih 39 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut veteran polis berkenaan dalam satu temu bual eksklusif menjelang majlis persaraannya, keputusan untuk berundur ini bukanlah kerana beliau sudah bosan, sebaliknya beliau menyamakan kerjayanya seperti larian marathon yang mana beliau mahu menamatkan larian itu dengan rasa bangga selepas mencapai segala impian serta terselamat daripada pelbagai risiko tugas.









%2Ffile%2Fattachments%2F887%2FBP-Pool_748858_463366.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)