KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil langkah rasmi dengan menuntut penjelasan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung perubahan masa kecederaan ketika aksi Indonesia menentang Bangladesh dalam Piala ASEAN FIFA 2026, malam tadi.
FAM memandang serius isu berkenaan selepas masa kecederaan yang pada awalnya ditunjukkan selama dua minit kemudiannya berubah kepada tujuh minit dalam aksi di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Sehubungan itu, badan induk bola sepak negara akan mengemukakan permohonan rasmi kepada FIFA bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas, prosedur dan keadaan yang membawa kepada perubahan berkenaan.
Menurut FAM, pengurusan masa perlawanan adalah aspek penting bagi memastikan setiap aksi berlangsung secara adil, telus serta mengikut peraturan pertandingan yang ditetapkan.






