KUALA LUMPUR: Peruntukan RM400 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Belanjawan 2027 akan dimanfaatkan untuk memperluas kawasan hijau, menaik taraf kemudahan awam serta memelihara warisan ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, berkata peruntukan itu merangkumi usaha mewujudkan 120 kawasan hijau baharu, memulihara taman sedia ada dan meningkatkan kemudahan awam demi kesejahteraan warga kota.

Menurut beliau, DBKL juga akan menyediakan laluan pejalan kaki berbumbung, meneruskan program Lestari Niaga serta mengecat semula Projek Perumahan Rakyat (PPR) mulai tahun depan.

"Ini termasuk menyediakan laluan pejalan kaki berbumbung yang akan dilaksanakan oleh DBKL tahun depan, selain meneruskan program Lestari Niaga serta mengecat semula PPR dalam usaha meningkatkan kesejahteraan penduduk," katanya.