PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan RM757 juta bagi pembangunan sukan negara dan persiapan penganjuran Sukan SEA serta Sukan Para ASEAN 2027.
Daripada jumlah itu, RM460 juta disediakan bagi pembangunan sukan negara, manakala RM240 juta diperuntukkan untuk persiapan penganjuran kedua-dua temasya berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu bagi memperkukuh ekosistem sukan dan melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi.
“Kita meraikan kejayaan kontinjen Malaysia bagi Sukan Asia AichiNagoya yang merangkul sembilan emas, tujuh perak dan 16 gangsa. Kepada semua atlet, jurulatih dan petugas, tahniah dan terima kasih kerana mengarumkan nama negara.








