KOTA BHARU: Lebih 103,000 atau 75 peratus kontraktor gred G1 hingga G4 daripada keseluruhan 138,000 kontraktor di seluruh negara akan mendapat manfaat daripada pengumuman Belanjawan 2027 apabila nilai perolehan kerajaan ditingkatkan kepada RM7.5 bilion, berbanding RM4 bilion tahun ini.

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz, berkata pengumuman itu memberi kelegaan dan nafas baharu kepada kontraktor kecil dan sederhana.

Pada masa sama, beliau turut mengharapkan projek yang diumumkan membabitkan kesemua kementerian itu dapat dilaksanakan sepenuhnya tahun hadapan dan tidak tertangguh sehingga ke tahun seterusnya.

"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sebahagian cadangan dan pandangan kami ketika sesi libat urus minggu lalu diberi perhatian oleh kerajaan terutama peruntukan kerajaan sebanyak RM83 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.