Kuala Lumpur: Malaysia mara ke final acara berpasukan campuran Kejohanan Dunia Remaja selepas menewaskan juara dua kali, Indonesia, 2-0 di Stadium Antarabangsa Kaherah, malam tadi.

Skuad remaja negara menang 55-49, 55-42 dalam pertembungan sengit antara Malaysia dan naib juara edisi tahun lalu itu menerusi format relay 55 mata, sekali gus mara ke final selepas kali terakhir melakukannya pada 2017.

Pemain perseorangan lelaki, Tiew Wei Jie, tewas 6-11 kepada Fardhan Rainanda, namun gandingan beregu wanita, Genevie Lim-Low Zi Yu bangkit dengan menewaskan Atresia Naufa-Aurelia Syakira 22-17.

Indonesia kembali memberi tentangan menerusi Jolin Angelia yang mengatasi Carine Tee 33-32 dalam acara perseorangan wanita.