PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk memanfaatkan peruntukan hampir RM69 bilion menerusi Belanjawan 2027 bagi menyokong wawasan “Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”.

Menurut kementerian itu, kebajikan murid terus menjadi tumpuan menerusi pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Elaun Sara Hidup Pelajar Tingkatan Enam, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) serta Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

Pada masa sama, KPM turut memberi perhatian kepada kebajikan dan profesionalisme guru demi kesejahteraan warga pendidik.

Selain itu, KPM berkata, projek penyelenggaraan dan pembinaan sekolah baharu turut menjadi fokus utama seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2027.