Belanjawan 2027 mencerminkan keutamaan kerajaan dalam memperkukuh agenda perpaduan, keharmonian masyarakat, dan pembinaan negara bangsa. (Gambar Bernama)PUTRAJAYA: Belanjawan 2027 memberi penekanan kepada pembangunan sosial, kesejahteraan masyarakat serta usaha memperkukuh perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim selari dengan komitmen kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) untuk memperkukuh pembinaan negara bangsa sebagai asas kepada masa depan Malaysia.

"Melalui belanjawan, Kementerian Perpaduan Negara menerima peruntukan sebanyak RM858,794,400 iaitu RM793,039,400 bagi perbelanjaan mengurus dan RM65,755,000 bagi perbelanjaan pembangunan.