zanariah_mutalib@bh.com.my
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, mengumumkan peletakan jawatan sebagai wakil rakyat berkenaan tanpa syarat, berkuat kuasa hari ini.
Chean Chung yang memenangi kerusi Parlimen Petaling Jaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berkata, surat peletakan jawatannya sudah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, kira-kira jam 3 petang semalam.
Keputusan itu dibuat selepas beliau menerima surat daripada PKR pada Rabu lalu yang memaklumkan keahliannya dalam parti digantung selama tiga tahun.
Chean Chung sebelum ini turut mendakwa aksesnya kepada sistem MyKhas yang digunakan bagi menguruskan peruntukan pembangunan kawasan sudah disekat, manakala baki peruntukan RM3 juta bagi Petaling Jaya tidak lagi disalurkan menerusi pejabatnya.






