PETALING JAYA: Seramai 4,291 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2026 yang dijadual berlangsung mulai esok hingga 2 November ini.
Lembaga Peperiksaan (LP) berkata, sebanyak 131 pusat peperiksaan disediakan di seluruh negara bagi memastikan kelancaran pelaksanaan peperiksaan berkenaan.
“Seramai 904 petugas peperiksaan turut dilantik bagi mengurus dan mengendalikan peperiksaan STAM tahun ini.
“Semua calon diingatkan supaya merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, waktu, kod kertas dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung,” katanya dalam kenyataan hari ini.









