KUALA LUMPUR: Kerajaan Indonesia hendaklah bersikap telus, terbuka dalam menangani krisis jerebu serantau yang berpunca daripada aktiviti kebakaran di negara itu dengan mendedahkan semua maklumat mengenai 57 syarikat yang menjadi ‘dalang’ aktiviti tidak bermoral itu.
Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meena Raman berkata, pendedahan kepada umum itu penting bagi mencari pesalah yang terbabit dan memulakan proses tindakan undang-undang kepada syarikat-syarikat tersebut kerana masalah yang ditimbulkan membawa kesan dan gejala negatif yang terlalu besar.
Katanya, sikap syarikat terbabit mengambil pendekatan mudah dan murah dengan terus bakar untuk penanaman semula mesti dihukum dengan tegas oleh kerajaan Indonesia.








