Kes ini dapat perhatian umum selepas rakaman CCTV yang didakwa menunjukkan Pengarah AKPS, Shuhaily Zain berkonfrontasi seorang individu di Terminal 1 KLIA tular di media sosial.PETALING JAYA: Peguam mewakili dua anggota polis yang mendakwa dikasari oleh Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Shuhaily Zain, menafikan tuduhan kos guaman mereka dibiayai sindiket jenayah.
Tetuan Kamal Hisham & Associates memberi amaran bahawa anak guamnya mahu mengambil tindakan saman sivil terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan sedemikian, lapor Utusan Malaysia.
Katanya, tuduhan tersebut turut menyasarkan firma berkenaan selaku peguam cara mereka.
“Kami menghormati hak kebebasan bercakap yang dijamin di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, hak kebebasan bersuara bukanlah merupakan suatu kebebasan yang mutlak.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-121026-46_338724.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
