Hayatul Kamil berkata kesepakatan menerima Adly Zahari sebagai calon ketua menteri pilihan bersama akan membolehkan PH tumpu usaha memenangi kerusi penting seperti Rembia, Pengkalan Batu, Rim dan Kuala Linggi.PETALING JAYA: Pengalaman mentadbir Melaka dan kedudukan dalam kerajaan persekutuan menjadi asas seorang pemimpin Amanah mencadangkan Adly Zahari sebagai ‘poster boy’ dan calon ketua menteri Pakatan Harapan (PH) pada PRN 14 Nov ini.

Cadangan itu dibuat ketika timbul spekulasi PH mungkin mengetengahkan pemimpin PKR sebagai ‘poster boy’ dan calon ketua menteri bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.

“Adly Zahari mempunyai kelebihan besar kerana pernah menerajui kerajaan negeri Melaka selepas PRU14 (2018-2020).