KOTA KINABALU: Latih lebih ramai anak Sabah sebagai doktor dilihat antara penyelesaian jangka panjang terbaik bagi menangani kekurangan pegawai perubatan di negeri itu, khususnya di kawasan pedalaman.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perubatan Sabah (SMSU), Ajulahin Japin, berkata anak tempatan secara umumnya lebih bersedia untuk berkhidmat di negeri sendiri, sama ada di kawasan pedalaman, pinggir bandar mahupun bandar.
Beliau yang juga Presiden Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (MAPSU), berkata jumlah graduan perubatan dalam kalangan anak Sabah ketika ini bagaimanapun masih belum mencukupi untuk menampung kekosongan sedia ada.
"Kalau kita lihat Sabah dan Sarawak, anak tempatan sebenarnya lebih bersedia untuk bertugas di negeri sendiri berbanding petugas dari Semenanjung.









