KUALA LUMPUR: Hanya 63% pegawai perubatan yang ditawarkan jawatan tetap di Sabah dan Sarawak tahun ini melapor diri bertugas, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, seramai 337 daripada 527 pegawai perubatan ditawarkan penempatan di Sarawak melapor diri, manakala di Sabah 336 daripada 528 pegawai perubatan turut berbuat demikian.
Dzulkefly berkata, angka tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding 2025, apabila hanya 58% daripada pegawai perubatan yang ditawarkan penempatan melapor diri.
"Walaupun ada sedikit peningkatan, saya tidak berpuas hati dengan tahap prestasi ini," katanya di Dewan Rakyat.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FIsmailLasim1_883710.png&w=480&output=webp&q=85&we)