am@hmetro.com.my

Pengerang: Ibu tunggal dan seorang buruh kasar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan memperdaya pemilik kedai pajak gadai dengan menggadaikan gelang tangan palsu.

Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara ke atas Jameah Ibrahim, 48, manakala Yussuf Harun, 62, dijatuhi hukuman denda RM4,000 atau lapan bulan penjara.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda itu selepas kedua tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Jameah didakwa memperdaya pemilik sebuah kedai pajak gadai dengan mendakwa seutas gelang tangan seberat 23 gram yang digadaikannya adalah emas tulen, sedangkan barang kemas itu sebenarnya palsu.