KOTA TINGGI - Bantuan khas RM1,000 kepada pemandu teksi dilihat mampu meringankan beban golongan berkenaan yang berdepan kemerosotan pendapatan sejak tiga tahun lalu.Pengerusi Kereta Sewa Daerah Kota Tinggi, Mustapah Haleed berkata, insentif itu mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kesukaran kewangan yang dihadapi pemandu teksi ketika ini.Bagaimanapun, Mustapah berharap pemberian bantuan itu diselaraskan dengan baik dan mengutamakan pemandu yang masih memiliki permit sah."Bantuan ini sangat ditunggu-tunggu dan kita sambut baik usaha kerajaan membantu pemandu teksi yang terkesan akibat kemerosotan pendapatan."Sekurang-kurangnya kami dapat gunakan wang tersebut untuk bayar hutang atau sewa parkir di terminal. Sebelum ini kami terpaksa minta bantuan Ahli Parlimen Kota Tinggi untuk menjelaskan sewa parkir," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Sementara itu, seorang pemandu teksi, Baharuddin Abu Bakar, 56, berkata, bantuan itu dapat digunakan untuk menyelenggarakan dan membaik pulih kenderaannya.Ujarnya, kos penyelenggaraan dan pembaikan teksi memerlukan perbelanjaan besar, sekali gus menambah beban pemandu yang berdepan pendapatan tidak menentu."Alhamdulillah, kami gembira terima bantuan ini kerana teksi perlu diselenggara."Kami harap bantuan ini dapat diteruskan pada masa depan kerana ramai pemandu teksi terutama di luar bandar semakin kurang pendapatan," katanya.
'Bantuan ini sangat ditunggu-tunggu'

Key takeaways
Bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi di Kota Tinggi diharap dapat meringankan beban kewangan mereka.
- Bantuan itu dilihat sebagai langkah baik kerajaan untuk bantu pemandu teksi yang mengalami kemerosotan pendapatan.
- Pemandu teksi berharap bantuan itu digunakan untuk bayar hutang atau perbaiki kenderaan mereka.
- Pengerusi Kereta Sewa Daerah Kota Tinggi menekankan pentingnya pemberian bantuan kepada pemandu dengan permit sah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TAUFIK SALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗







