Paris: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan selepas menembak guru besar dan seorang guru menggunakan senapang memburu di sebuah sekolah menengah rendah di bandar Aubagne, selatan Perancis, berhampiran Marseille, semalam.

Polis berkata, kejadian berlaku di Sekolah Joseph-Lakanal dengan individu ketiga turut mengalami kecederaan ringan akibat terkena tembakan.

Pihak berkuasa berkata, guru besar dan guru itu tidak berada dalam keadaan kritikal.

Ketua pentadbiran wilayah Bouches-du-Rhone, Jacques Witkowski berkata, motif suspek melepaskan tembakan masih dalam siasatan.