LOS ANGELES: Pelakon dan pengarah Hollywood, Ben Affleck, mendedahkan dirinya pernah dua kali disekat daripada menggunakan Instagram selepas platform media sosial itu mengesan akaun yang diwujudkannya sebagai cubaan menyamar sebagai dirinya sendiri.
Affleck, 54, berkata, dia tidak mempunyai akaun Instagram rasmi kerana mengakui dirinya tidak sesuai menjadi pempengaruh, apatah lagi berdepan tekanan untuk membina pengikut dalam talian seperti yang dialami pelakon generasi baharu.
Berkongsi perkara itu dalam temu bual bersama Variety, Affleck berkata, akaun yang diwujudkannya sebelum ini bukan bertujuan mempromosikan projek lakonan atau arahannya, sebaliknya sekadar membolehkannya melihat aktiviti media sosial anak-anak.









