Persatuan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Swasta Johor berkata kebanyakan ibu bapa berada di rumah untuk membim­bing anak mengikuti PdPR ketika pandemik Covid-19.PETALING JAYA: Kerajaan disaran mempertimbangkan persekolahan terus diadakan secara fizikal dengan memakai pelitup muka dalam kelas memandangkan kurang daripada 30% murid sekolah rendah di Johor mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ketika sekolah ditutup akibat jerebu.

Pengerusi Persatuan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Swasta Johor, Yahya Jaafar, berkata kadar penyertaan itu rendah berbanding kira-kira 70% pelajar sekolah menengah, yang dipercayai berpunca daripada kekangan ibu bapa bekerja, kekurangan peranti dan tiada bimbingan di rumah sehingga boleh menjejaskan kelancaran pembelajaran murid.