Mahkamah Rayuan putuskan bahawa imbuhan berasaskan komisen tidak secara automatik nafi status seorang peguam sebagai rakan kongsi di bawah Akta Perkongsian 1961. (Gambar Pexels)PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini sebulat suara mengetepikan keputusan mahkamah terdahulu yang melepaskan seorang peguam daripada liabiliti sebagai rakan kongsi sebuah firma guaman, berhubung kehilangan hasil jualan hartanah berjumlah RM920,612.

Hakim Azhahari Kamal Ramli yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan, imbuhan berasaskan komisen tidak secara automatik membatalkan kelayakan peguam terbabit untuk dianggap sebagai rakan kongsi di bawah Akta Perkongsian 1961.

Panel itu turut dianggotai Hakim Ismail Brahim dan Dean Wayne Daly.