KUANTAN: Seorang pengusaha kebun durian kerugian RM202,460 diperdaya sindiket penipuan loteri.
Warga emas berusia 63 tahun dikatakan sanggup menghabiskan semua wang simpanan serta menggadaikan barang kemas untuk diberikan kepada sindiket.
Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob, berkata mangsa dari Bandar Jengka, Maran, itu terpedaya selepas percaya kononnya memenangi wang loteri berjumlah RM1.2 juta.
Bagaimanapun warga emas itu perlu menjelaskan beberapa bayaran untuk menuntut hadiah loteri berkenaan.








