KUALA LUMPUR: Pertumbuhan global dijangka menurun kepada 3.1 peratus tahun ini berbanding 3.5 peratus pada 2025 sebelum pulih kepada 3.4 peratus menjelang 2027, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
IMF melalui Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO) Oktober 2026 berkata, ekonomi global bukan bertambah lembap atau melaju; sebaliknya, pertumbuhan diagihkan semula merentas negara mengikut pendedahan mereka terhadap kejutan bekalan akibat perang dan kekuatan permintaan berkaitan kecerdasan buatan (AI).
"Pembukaan semula Selat Hormuz mungkin akan berlaku pada Mac 2027, dengan keadaan pulih secara meluas kepada sebelum perang menjelang Oktober 2027.
"Andaian ini membayangkan pemulihan beransur-ansur ke atas pengeluaran, perkapalan, insurans dan pembayaran berikutan normalisasi serta-merta aliran tenaga," kata IMF, sambil menambah bahawa memasuki 2027, ketidaktentuan dasar dan geopolitik diandaikan terus tidak stabil," katanya.









