Kuala Lumpur: Menara Merdeka 118 bakal menjadi medan kempen antirasuah menerusi aktiviti Larian Menara (Tower Run) yang membabitkan pendakian sebanyak 2,845 anak tangga oleh 50 peserta, di sini, esok.

Program Langkah Merdeka 118, Bersama Perangi Rasuah anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad Merdeka Ventures (PNBMV) itu diadakan bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun SPRM Ke-59.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Zakkuan Talib berkata, penganjuran program itu antara inisiatif pihaknya untuk memperluas jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak selain mendekati masyarakat melalui pendekatan yang lebih inklusif dan berimpak.

"Antara pengisian utama program ini ialah aktiviti Larian Menara (Tower Run) melibatkan pendakian sebanyak 2,845 anak tangga di Menara Merdeka 118, selain acara mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera SPRM di puncak menara ikonik ini.