PETALING JAYA – “15 jam lagi!” Itu perkongsian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi Facebook menjelang hari bahagianya bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.

Menerusi hantaran tersebut, Syed Saddiq memaklumkan bahawa sebaik sahaja selesai pembentangan Belanjawan 2027 di Parlimen, beliau terus menuju ke Menara Merdeka 118 bagi membuat persiapan menjelang majlis pernikahan mereka esok.

“Setelah segala yang dilalui, esok kami melangkah ke sebuah permulaan yang baharu. Doakan,” katanya di ruangan kapsyen.

Terdahulu, kelibat Syed Saddiq yang dilihat bergegas meninggalkan Dewan Rakyat sebaik sahaja pembentangan Belanjawan selesai turut mencuri perhatian.