KUALA LUMPUR: Kekalahan tipis dalam pertemuan pertama tidak sedikit pun melunturkan keyakinan Johan Ghazali menjelang aksi ulangan menentang Diego Paez di Bangkok, Jumaat ini.

Petarung berusia 19 tahun itu bakal berdepan wakil Colombia-Amerika Syarikat berkenaan dalam pertarungan Muay Thai kategori terbang pada acara The Inner Circle 35 di Stadium Lumpinee, dengan misi membalas dendam kekalahan, Jun tahun lalu.

Pertemuan itu berlangsung sengit tiga pusingan sebelum Paez diberikan kemenangan, sekali gus mencatat kemenangan pertamanya dalam ONE Championship.

Namun, Johan yang lebih dikenali Jojo masih percaya beliau mempunyai kelebihan dalam pertarungan ulangan nanti.