am@hmetro.com.my
Kuantan: Dua lelaki yang mempunyai pertalian kekeluargaan ditahan, manakala dadah disyaki ganja seberat 58.1 kilogram (kg) bernilai RM174,000 dirampas di hadapan sebuah inap desa di Maran.
Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata, suspek berusia 30 dan 44 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Maran selepas mereka dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika mengalihkan empat beg dari sebuah kenderaan pada 1.20 pagi, 28 Sept lalu.
Katanya, hasil pemeriksaan lanjut menemukan 56 bungkusan yang berisi dadah, manakala semakan terhadap suspek mendapati mereka mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah lain.
"Jika dadah ini terlepas di pasaran, ia mampu merosakkan seramai 116,272 individu yang menggunakannya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini hari ini.






