PETALING JAYA: Keterangan seorang individu warga tempatan yang dipercayai bertindak sebagai broker dalam urusan penyewaan pesawat persendirian yang dikaitkan dengan kes tangkapan dan rampasan dadah di Lapangan Terbang Luang Prabang, Laos, telah diambil oleh pihak polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, individu berkenaan mendedahkan bahawa pesawat itu disewa oleh seorang lelaki warga Filipina berusia 54 tahun.

Katanya, lelaki berkenaan dikenal pasti sebagai bekas juruterbang dan mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah di negara berkenaan.

“Siasatan turut mendedahkan penglibatan seorang wanita warga Filipina berusia 51 tahun yang dipercayai berperanan sebagai penyelaras sindiket berkenaan.