SEBERANG PERAI – Seorang pemandu pelancong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki sebilah parang tanpa sebab yang sah dan dadah jenis kanabis di sebuah bilik hotel di Bukit Mertajam, awal bulan ini.

Tertuduh, S Leynon, 33, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah parang sepanjang 52 sentimeter tanpa sebab yang sah di sebuah bilik hotel di Jalan Icon City, Bukit Mertajam, kira-kira pukul 6 petang pada 1 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki dadah berbahaya jenis kanabis seberat 110 gram di lokasi, tarikh dan masa yang sama.