Butterworth: Pemandu pelancong dipenjara lapan bulan selepas mengaku salah memiliki komponen senjata api tiruan di sebuah premis sewa kereta, September lalu.
Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal menjatuhkan hukuman itu ke atas S Leynon, 33, dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 1 Oktober lalu.
Lelaki itu dituduh memiliki beberapa komponen senjata api tiruan termasuk komponen laras berwarna perak serta dua kelopak peluru (magazine) hitam yang masing-masing mengandungi enam dan satu butir peluru.
Kesalahan didakwa dilakukan di premis sewa kereta, Jalan New Ferry di sini, antara 1 hingga 30 September lalu mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun, denda RM5,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.








