Jika mempunyai sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa kandung warganegara Malaysia kanak-kanak berstatus bukan warganegara masih layak mendapat akses pendidikan di sekolah kerajaan. (Gambar Bernama)KUCHING: Kanak-kanak berstatus bukan warganegara Malaysia masih layak mendapat akses pendidikan di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan jika mempunyai sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa kandung warganegara Malaysia, tertakluk syarat dan prosedur Kementerian Pendidikan (KPM).
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Fatimah Abdullah, berkata kelayakan itu tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Peraturan-peraturan Pendidikan 1998 serta prosedur KPM yang sedang berkuat kuasa.






