PETALING JAYA: Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 (Akta 869) menjadi perkembangan penting dalam usaha memperkukuh kebebasan institusi Parlimen serta mematangkan demokrasi berparlimen negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sokongan semua pihak termasuk pembangkang amat penting bagi menjayakan reformasi institusi berkenaan dan memperkasakan fungsi badan perundangan negara.
Katanya, reformasi itu bukan sekadar berkaitan kebebasan dan bidang kuasa Parlimen, malah merangkumi usaha meningkatkan profesionalisme warga Parlimen, mutu perbahasan serta adab ketika berbeza pandangan.
“Saya menghargai komitmen dan kerjasama semua pihak, termasuk kepimpinan








