KUALA LUMPUR - Pemandu kereta BYD yang tular dalam kemalangan sebuah Perodua Bezza sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak lima tahun, di Jalan Kuching Sabtu lalu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis bagi menghadapi tiga pertuduhan kes jenayah.Lelaki berusia 24 tahun yang memakai baju T berwarna hijau, tiba jam 8.55 pagi dalam keadaan bergari.Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan pihak polis melengkapkan siasatan kemalangan membabitkan enam kenderaan yang mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.Dalam kejadian jam 3.44 petang itu, kenderaan BYD Seal berkenaan dipercayai melanggar bahagian belakang Perodua Bezza yang bergerak dalam aliran trafik perlahan dari arah pusat bandar menghala ke Segambut.Pelanggaran itu turut melibatkan sebuah motosikal sebelum Perodua Bezza terbabit berpusing ke lorong kanan dan melanggar tiga kenderaan lain, iaitu Nissan Almera, Toyota Alphard dan Perodua Myvi.Akibat kemalangan itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Asiah Ahmad Syahir, yang menaiki Perodua Bezza bersama bapanya mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Kematian Asiah: Pemandu BYD dibawa ke mahkamah

Key takeaways
Seorang pemandu kereta BYD dibawa ke mahkamah untuk menghadapi tiga pertuduhan kes jenayah terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kematian seorang kanak-kanak.
- Pemandu BYD dibawa ke mahkamah bagi menghadapi tiga pertuduhan kes jenayah.
- Kemalangan melibatkan enam kenderaan dan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.
- Kemalangan berlaku di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, pada 15 Mei.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN,AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Kematian Asiah: Pemandu BYD dibawa ke mahkamah (this story)
- Utusan Malaysia Pemandu BYD Seal didakwa sebabkan kematian Asiah









