Lawyers for Liberty mendakwa Penjara Kajang yang menempatkan 5,000 banduan mengalami masalah kekurangan air serius sehingga menyukarkan mereka mandi dan menggunakan tandas.PETALING JAYA: Jabatan Penjara sedang meneliti dakwaan berhubung masalah kekurangan bekalan air dan tahap kebersihan yang tidak memuaskan di Penjara Kajang, serta memberi jaminan tindakan segera akan diambil sekiranya terdapat sebarang kelemahan.
Jabatan itu berkata penelitian dibuat susulan dakwaan Lawyers for Liberty (LFL) mengenai gangguan bekalan air, kemudahan sanitasi dan penyediaan makanan di penjara berkenaan.
"Kami sedang meneliti dakwaan tersebut bagi mengenal pasti keadaan sebenar dan memastikan setiap isu yang dibangkitkan diberi perhatian sewajarnya," menurut kenyataan.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F14dadsad_731867.png&w=480&output=webp&q=85&we)