Lim Guan Eng menyifatkan jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia bertambah serius tahun ini. (Gambar EPA Images)KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen kerajaan menggesa Putrajaya mengambil tindakan undang-undang dan menuntut ganti rugi terhadap Indonesia jika Jakarta terus enggan menerima bantuan asing bagi menangani krisis jerebu berulang setiap tahun.

Lim Guan Eng (PH-Bagan) berkata, rakyat tidak boleh lagi berdiam diri berikutan krisis jerebu rentas sempadan yang kini menjejaskan kesihatan awam, sekolah ditutup, dan menjejaskan mata pencarian pekerja sektor gig.

Beliau menyifatkan ia sebagai krisis struktur jerebu buatan manusia akibat kebakaran hutan dan lahan (karhutla) di Indonesia yang bertambah serius tahun ini, meluas sehingga 300,000 hektar atau 70% lebih besar berbanding 2023.