KUALA LUMPUR: Pembangkang mahu prinsip keadilan dan keseimbangan dalam pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen diperluas kepada semua jawatankuasa Parlimen, bukan hanya Majlis Perkhidmatan Parlimen.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pihaknya menyokong akta berkenaan, namun beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan pelaksanaannya lebih adil dan menyeluruh.

"Akta ini sudah pun diluluskan. Dulu masa kita bincang membahaskan perkara ini, akhirnya kita juga setuju. Bukan kita tak setuju.

"Cuma kita kata ada penambahbaikan perlu dilakukan. Contohnya mengenai jawatankuasa pilihan yang lain. Mereka bangga kononnya beri keadilan dengan memilih 2 ahli masing-masing dari kerajaan dan pembangkang.