Islam agama yang sangat menitikberatkan hubungan baik, keharmonian dan sikap saling menghormati dalam masyarakat berbeza agama. Bagaimanapun, semangat toleransi dan kerjasama tersebut hendaklah sentiasa dipandu oleh batas yang telah ditetapkan oleh syariat Islam, khususnya dalam perkara berkaitan dengan akidah dan syiar keagamaan.

Mengulas mengenai penyebaran sebuah video yang memperlihatkan sekumpulan individu Islam dikatakan terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersihkan sebuah kuil Hindu, isu ini perlu dinilai mengikut kerangka hukum syarak.

Islam galak hubungan baik, tetapi bukan gadai prinsip akidah.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Mumtahanah, ayat 8 yang bermaksud: "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil."