asyikin.mat@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Hubungan diplomatik di antara Malaysia dengan China yang terbina sekian lama perlu terus diperkukuh berasaskan prinsip saling menghormati dan manfaat bersama, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri turut berharap hubungan erat Malaysia dengan China terus berkembang demi kepentingan kedua-dua negara dan rakyatnya.

"Hari ini saya menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing yang bakal menamatkan tempoh perkhidmatannya di negara ini.

"Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di Malaysia, tentunya banyak pengalaman, pencapaian dan kenangan yang terbina bersama.