Pengarah Urusan Kumpulan Layang Layang Aerospace Johan Poong Abdullah berkata, laporan awal mengenai nahas helikopter dapati penyelenggaraan, pengurusan kesemua pesawat milik syarikat berada dalam keadaan teratur.PETALING JAYA: Operator helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang terhempas di Sarawak bulan lalu, Layang Layang Aerospace Sdn Bhd, menegaskan pemeriksaan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) tidak menemukan sebarang rekod tidak jelas atau kecacatan dalam penyelenggaraan pesawatnya.

Pengarah Urusan Kumpulan Layang Layang Johan Poong Abdullah berkata, laporan awal mengenai nahas helikopter yang mengorbankan kesemua lima mangsa di dalamnya mendapati penyelenggaraan dan pengurusan kesemua pesawat milik syarikat itu berada dalam keadaan teratur.