KUALA LUMPUR: Satu video memaparkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menegur Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, berhubung krisis perlembagaan di negeri itu, tular di media sosial.
Dalam klip berkenaan yang dipercayai dirakam selepas solat Jumaat di sebuah masjid di Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz didengar memberitahu Ismail bahawa baginda tidak mahu bertemunya selagi Ismail tidak menarik balik kenyataan beliau sebelum ini baginda bukan lagi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Baginda juga didengar menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap Ismail dan bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) berhubung surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyatakan baginda bukan lagi pemerintah negeri.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAPMC1_889603.png&w=480&output=webp&q=85&we)
