Kuala Lumpur: Bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, direhatkan daripada semua aktiviti rasmi parti Parti BERSAMA Malaysia selama tiga bulan, berkuat kuasa 20 Oktober ini hingga 19 Januari 2027.

Dalam kenyataan media hari ini, Presiden BERSAMA Syukri Razab berkata, keputusan itu dibuat susulan pengakuan Nik Nazmi berkaitan pembabitannya dalam satu kes yang tersebar, baru-baru ini.

Kata Syukri, perkembangan berkenaan dipandang serius dan setiap isu membabitkan kepimpinan serta anggota parti perlu ditangani sewajarnya.

"BERSAMA berpendirian bahawa setiap isu yang melibatkan kepimpinan serta anggota parti perlu ditangani dengan sewajarnya, demi memelihara integriti, kredibiliti dan keyakinan masyarakat terhadap parti," katanya.