Los Angeles: Google melancarkan satelit prototaip ke orbit pada Khamis untuk menilai bagaimana unit pemprosesan tensor (TPU)nya beroperasi di angkasa, lapor Xinhua.

Satelit prototaip, yang membawa empat TPU Google sudah dilancarkan dalam misi bersama Transporter-18 SpaceX.

Menurut Google, pasukannya sudah mengesahkan hubungan dengan satelit itu dan ia beroperasi seperti yang dijangkakan.

Pelancaran itu adalah langkah pertama Projek Suncatcher iaitu projek penyelidikan jangka panjang yang dijalankan dengan kerjasama Planet Labs PBC untuk meneroka sama ada infrastruktur pembelajaran mesin boleh diadakan angkasa lepas.

Dalam beberapa minggu akan datang, Google akan mengumpul data dalam orbit tentang cara TPUnya mengendalikan tekanan fizikal, sinaran dan haba di angkasa.