Barcelona: Kapten Barcelona, Raphinha, dinobatkan sebagai Pemain Terbaik LaLiga bagi September selepas meneruskan prestasi cemerlang pada awal musim ini.
Pemain Brazil itu sebelum ini meraih anugerah sama bagi Ogos dan sekali lagi memenanginya selepas menjaringkan gol ketika menentang Valencia, mencipta dua bantuan gol ketika berdepan Levante serta membawa pulang bola perlawanan selepas meledak hatrik dalam kemenangan ke atas Racing dan Sevilla.
Pengiktirafan itu menambah pencapaian Raphinha susulan aksi cemerlangnya bersama skuad kendalian Hansi Flick selepas mengalami perubahan peranan pada musim panas dan kini beraksi di posisi nombor sembilan.
Pemain antarabangsa Brazil itu menewaskan saingan daripada Kylian Mbappe dari Real Madrid, Jonathan David dari Atletico, Sergio Camello dari Rayo dan Fer Nino dari Elche untuk memenangi anugerah bagi September.








