mohamadridzuan@hmetro.com.my
GEMBIRA kerana bergelar suami dan memiliki suri hati, namun pada masa sama terdetik kesedihan pada pelakon Syazani Zikry kerana majlis istimewa ini tidak dapat dikongsi dengan ibunya, Allahyarham Nor Ain Abdul Rahman.
Arwah meninggal dunia pada 23 April 2024 akibat kanser payu dara dan Syazani atau nama sebenar Syazani Zikry Zainul Hakim, 28, mengakui hampir seminggu bersedih dan menangis mengenangkan ibunya.
"Sebelum ini saya sering terfikir angka 30 atau 31 tahun adalah usia yang sesuai untuk kahwin, tapi selepas mama meninggal, perancangan ini berubah.
"Bukan nak kata kematiannya mendorong sangat, tapi itu antara benda yang saya selalu beritahu semasa dia tengah sakit. Saya beritahu dia setiap hari.








