SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) dan Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin memfailkan permohonan baharu untuk memulakan tindakan menghina mahkamah terhadap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dan 16 yang lain.
Permohonan itu difailkan menerusi Tetuan Halim & Ismail di Mahkamah Tinggi di sini pada 15 Oktober lalu.
Berdasarkan permohonan, pemohon mendakwa bahawa 17 individu berkenaan melanggar perintah injunksi Mahkamah Tinggi Seremban yang dikeluarkan pada 5 Jun lalu berkaitan pentadbiran dan hal ehwal DKU.
Selain Menteri Besar, mereka turut menamakan 10 bekas Exco kerajaan negeri dan enam pihak lain berkaitan pertikaian yang menyentuh institusi diraja negeri itu.









