Ipoh: Selepas menggantung but sebagai pemain bola sepak, pemuda ini pernah bergelar usahawan pakaian sebelum keluar daripada zon selesa dengan menjadi ejen hartanah.
Menariknya, Abdul Rashid Razak, 27, mendapat cadangan kerjaya sebagai ejen hartanah daripada ChatGPT dan percubaannya tidak sia-sia kerana semakin menampakkan hasilnya.
Buktinya, Abdul Rashid yang menetap di Batu Gajah di sini berjaya 'memancing' klien menerusi jualan secara siaran langsung di TikTok hingga meraih tempahan 44 unit rumah bernilai lebih RM10 juta bulan lalu.
Jika pinjaman bank diluluskan, Abdul Rashid berpeluang meraih pulangan komisyen mencecah RM162,000.









