KUALA TERENGGANU: Pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) tidak akan mengendurkan perjuangan Pas dalam arus politik di negara ini.
Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi berkata, perjuangan parti yang menerajui PN itu mesti terus berjalan walaupun berlaku pertukaran nama atau perubahan pada gabungan tersebut.
“Dalam politik yang semakin tidak menentu, Pas akan terus berdiri dengan kekuatan tersendiri bagi membina keyakinan rakyat, memperkukuh organisasi dan bersedia memikul amanah yang lebih besar,” katanya menerusi hantaran laman Facebook beliau, hari ini.
Terdahulu, Pendaftar Pertubuhan dilapor membatalkan pendaftaran PN di bawah subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fphannoucemalaccaelectioncandidate2026102401_837366.png&w=480&output=webp&q=85&we)

