WASHINGTON: Nike mempergiatkan usaha mengurangkan kos ketika gergasi pakaian sukan Amerika Syarikat (AS) itu berusaha keluar daripada kemerosotan prestasi yang sebahagiannya berpunca daripada strategi syarikat sendiri, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Syarikat itu berkata, program penstrukturan semula akan menghasilkan penjimatan sebanyak AS$2.5 bilion dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif, Elliott Hill, berkata pengurangan pekerja turut menjadi sebahagian daripada itu dalam sidang bersama penganalisis selepas Nike membentangkan keputusan suku tahunannya.
Hasil pendapatan merosot empat peratus tahun ke tahun kepada AS$11.2 bilion pada suku terbaharu manakala keuntungan bersih susut dua peratus kepada AS$712 juta.










