LONDON: Seorang bekas paderi Gereja England disabitkan dengan kesalahan merogol dan melakukan beberapa serangan tidak senonoh terhadap wanita dalam kes yang dikaitkan dengan Nine O'Clock Service di Sheffield, menurut Anadolu Ajansi memetik laporan media, semalam.

Chris Brain, 69, disabitkan kesalahan berkenaan dalam perbicaraan semula di mahkamah di London, lapor BBC.

Dia juga disabitkan dengan empat pertuduhan melakukan serangan tidak senonoh ke atas tiga wanita, iaitu tambahan kepada 17 sabitan kesalahan sama terhadap sembilan wanita pada tahun lalu.

Pendakwa Raya memberitahu mahkamah bahawa Brain dituduh menyalahgunakan kedudukannya sebagai paderi (ketika itu) untuk melakukan serangan seksual terhadap 'sebilangan besar wanita daripada jemaahnya'.