(Dari kiri) R Remecca, Pengerusi Edict M Visvanathan dan R Meenambigai memegang salinan sijil kematian serta laporan polis berhubung kematian R Richard serta MM Muniandy dalam sidang media hari ini.PETALING JAYA: Keluarga tiga lelaki yang meninggal dunia dalam penjara menuntut inkues dijalankan segera bagi menyiasat kematian mereka selepas permintaan berulang kali dikemukakan kepada pihak berkuasa tidak mendapat sebarang maklum balas.
Pengerusi NGO Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (Edict), M Visvanathan, yang mewakili keluarga R Richard, G Murthy dan MM Muniandy, berkata keluarga mereka beberapa kali menulis surat kepada pihak berkuasa berkaitan serta Mahkamah Koroner, tetapi sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas.








